Taklimat Rahsia Kaya dan Berjaya dalam Kerjaya bersama Dr. Niki Shuhada Shukor

Career, Financial Tips, Wealth, dr Niki Shuhada Leave Comments »

Warga Ipoh!
Nantikan kedatangan Dr. Niki untuk berkongsi ilmu dan tips kejayaan dalam kerjaya beliau!
KEMASUKAN PERCUMA!!

Maklumat lanjut seperti berikut:

Masa : 9.30 pagi – 12.00 tgh
Tempat : 30A-1st Floor, Persiaran Greentown,Greentown Business Centre, Ipoh Perak.

Sila bawa resume dan sijil berkaitan.
Hubungi Cik Elle di 019-227 9550 untuk mengesahkan tempat duduk anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Jumpa anda di sana….

TAKLIMAT PELABUR BIJAK

Event, Financial Tips, Investments, Kewangan, Life, dr Niki Shuhada 2 Comments »

Adakah anda tergolong didalam golongan:

  • Tidak percaya boleh menjadi jutawan

  • Percaya boleh menjadi jutawan tetapi tidak pernah buat apa-apa

  • Anda menunggu mendapat duit besar

Sekiranya anda memiliki sekurang-kurangnya RM500 sekarang dan mampu menyimpan minima RM200 sebulan, sila ambil tindakan dengan menemui Dr. Niki Shuhada dengan cara berikut:

1. Isi borang  dengan lengkap di http://www.pelaburdrniki.com

2. Hadir ke Taklimat Rahsia Pelabur Bijak Oleh Dr. Niki Shuhada

3. Menjadi pelabur Dr. Niki Shuhada

Layari www.pelaburdrniki.com untuk maklumat lanjut.

Kaji Modul Pengurusan Kewangan

Financial Tips, Investments, Kewangan Leave Comments »

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
Pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 April – Kerajaan perlu mengkaji untuk mewujudkan modul berkaitan pengurusan kewangan bermula dari peringkat pra sekolah bagi menerapkan sifat berjimat cermat dan bijak berbelanja dalam kalangan rakyat.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osmanberkata, peranan itu juga harus dimulakan oleh ibu bapa supaya dapat mendidik anak-anak mereka untuk menyimpan wang dan tidak bersikap terlalu boros apabila memasuki alam pekerjaan.

“Sebenarnya, sikap boros ini telah wujud lama dalam masyarakat sebab itu orang tua-tua dahulu banyak mencipta pepatah seperti bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, ikat perut dan ukur baju di badan sendiri.

“Maka kita perlukan satu perubahan minda dan budaya. Sifat boros seperti yang terjadi dalam kalangan rakyat kita sekarang ini sebenarnya semakin berbahaya,” katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., K. Sasitharan bahawa sikap boros berbelanja merupakan faktor kritikal yang menyebabkan rakyat di negara ini jatuh miskin selepas bersara.

Menurut Sasitharan, cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun juga bukan jaminan yang dapat mengelakkan rakyat Malaysia daripada mengalami sindrom miskin selepas bersara.

Oleh itu, katanya, rakyat Malaysia perlu bersedia dan berani melakukan perubahan gaya hidup kepada lebih sederhana menjelang peningkatan usia.

Mengulas lanjut, Maamor berkata, golongan muda wajar mempunyai asas untuk menabung sejak di awal alam pekerjaan bagi menjamin masa tua.

“Mereka perlu buat sesuatu yang memaksa mereka untuk menabung seperti potong gaji untuk dimasukkan ke akaun simpanan selain Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), contohnya Tabung Haji atau sebagainya,” katanya.

Selain itu, bagi bersara dan bakal menerima wang simpanan KWSP, katanya, wajar mencari satu peluang pelaburan yang dijamin dapat meningkatkan faedah terhadap simpanan mereka setelah bertahun-tahun bekerja.

“Banyak peluang untuk golongan sudah pencen ini melabur semula wang simpanan mereka itu. Namun, mereka kena bijak mencari maklumat yang betul untuk melabur supaya ia benar-benar memberi manfaat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman turut bersetuju supaya aspek pengurusan kewangan diajar bermula di peringkat awal persekolahan kerana ia mampu mendidik masyarakat untuk membudayakan sikap menabung dan berjimat-cermat.

“Sebab itu kita semua harus mengambil serius akan senario ini kerana sikap boros mampu menghancurkan masyarakat kita secara perlahan-lahan.

“Lebih penting adalah sikap berhati-hati dalam berbelanja selepas bersara apabila mendapat wang KWSP dalam jumlah yang besar. Perkara ini bukan sesuatu yang baru,” katanya. – Utusan Malaysia

Bina Kerjaya bersama Dr. Niki!

Career, dr Niki Shuhada Leave Comments »

Anda punya IMPIAN?

Anda ada CITA-CITA?

Anda ingin BERJAYA?

Anda ingin KAYA?

Kini, anda juga boleh mencapai IMPIAN, CITA-CITA, BERJAYA dan KAYA seperti Dr. Niki!

Jika anda :

-berumur antara 24 – 35 tahun

-memiliki sijil SPM atau Diploma atau Ijazah (SPM dengan kepujian BM atau BI dan Matematik)

-fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

-mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Pemasaran (Marketing)

-komited, fokus dan mempunyai minda yang kental

-’High Remuneration’

-boleh ‘travel’ ke Ipoh dan Pulau Pinang

Hantarkan resume anda ke alina@nsgpremier.com untuk temuduga SEGERA!

TREMENDOUS LEADERSHIP – APRIL 2012

Event, Seminar, dr Niki Shuhada Leave Comments »

This is an experiential 3 days leadership program that DrNiki has designed especially for you. it is followed by exciting money-making. Discover the specific TTT secret that DrNiki has applied over her 15 years in the industry that has produced award winning million ringgit champions, time and time again.

You Will Learn How-To :
* Really use X factor in winning leadership
* Create an environment of automatic results
* Uncover your hidden strengths & potential
* Build ultimate rapport in leadership
* Use Superfast Mind Mapping Techniques
* Design and execute fantastic trainings
* Build the champion team that you desire

Date : 4th, 5th & 6th April 2012
Time : 9.00 am – 6.00 pm
Venue : D’ Villa Resident, Jalan Ampang

Register Now!
Normal Rate RM 3750.00
Earlybird before 1st April 2012
RM 1088.00!
Walk-in RM 1288.00

Call Now!!!
017 366 8031
Shafik

KLIK untuk mendaftar PROGRAM bersama DR. NIKI SHUHADA SHUKOR
http://tinyurl.com/7twfpgm

Dr Niki, Wanita & Kerjaya di Konvensyen Bidadari Dunia, 24 March 2012

Event, dr Niki Shuhada Leave Comments »

Assalamualaikum semua ! Salam Ceria !

Saya baru selesai berucap di Konvensyen dihadiri 3000 peserta. Kali ini konvensyen khas untuk wanita muslimah.

Alhamdulillah, saya dapat menyampaikan asas asas penting dlm berkerjaya, dan apabila mendapat pendapatan, mestilah mengambil sebahagian darinya sebagai simpanan dan pelaburan.

Saya juga berkongsi satu rahsia: jika ingin BAHAGIA dalam berkerjaya, yang penting adalah untuk ‘memberi’ bukan ‘meminta’. Happiness is not about taking but GIVING.

Juga, saya ceritakan tentang setiap kita ada bakat, sumbangan kita yg tertentu. Seperti Tan Sri Dr Zety, Gabenor Bank Negara Malaysia, yg memberikan sumbangan penting dalam sektor perbankan sehingga mendapat anugerah Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia pada tahun 2010.

Begitu juga semua kita, kita layak berjaya! Kita mempunyai skil dan bakat tertentu dalam bidang tertentu, jadikan sumbangan kita sebagai sumbangan terbaik kpd masyarakat, negara & agama.

Untuk penutup, saya berkongsi 5 rahsia Wanita Berjaya! Kalau anda nak tahu rahsia ini, anda dengar di Rancangan Bijak Wang Selasa ini ye!

Salam sayang, buat yg terbaik!

Nantikan Kemunculan Dr. Niki di Konvensyen Bidadari Dunia esok!

Event, dr Niki Shuhada Leave Comments »

Dr. Niki akan berada di Konvensyen Bidadari Dunia di PICC selaku salah seorang speaker jemputan!

Layari http://www.bidadaridunia.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang Konvensyen tersebut.

Nantikan Dr. Niki esok jam 2.00 hingga 3.30 petang, pasti hebat!

Konvensyen Bidadari Dunia

Event, Seminar Leave Comments »

  • Program Konvensyen Bidadari Dunia 2012

    Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.

    Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.

    Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

    “Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” – Surah Al-Nur (24): 31

    Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.

    Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

    Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

    Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

    Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

    Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.

    Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan darinya. InsyaAllah.

    Misi

    Melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap

    Objektif

    1. Melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati
    2. Membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah
    3. Memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.

    Tema

    Wanita seindah hiasan

Sila Layari http://www.bidadaridunia.com untuk maklumat lanjut.

  • Speaker/Panel Jemputan

    Berikut adalah senarai Speaker/Panel yang akan berkongsi dengan semua peserta sepanjang Konvensyen Bidadari Dunia 2012 nanti:

    1. Prof. Dr. Muhaya Mohamad
      • Pakar Motivasi and Penulis terkenal tanah air
      • PhD dari University of London in Ocular Immunology
      • Professor Ophthalmology di Universiti Kebangsaan Malaysia
      • Adjunct Professor di International Islamic University of Malaysia
      • Pengerusi untuk “Malaysian Medical Association Ophthalmological Society”
    2. Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
      • PHD dari Bristol University, United Kingdom.
      • Professor Madya di Jabatan Siasah Syar’yyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
    3. Dato’ Siti Nor Bahiyah Mahmood
      • Pakar motivasi terkenal tanahair
      • Pengacara rancangan “Semanis Kurma” di TV9
      • Menuntut di Universiti Al-Azhar,Mesir dalam jurusan Pengajian Islam & Bahasa Arab
      • Memperkenalkan Teknik Cakar Harimau dan Urutan Labah-labah 2004
      • Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian (tempat pertama buku bertajuk “Rahsia Minda Hebat”)
    4. Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj
      • MD(UKM) MOG(UKM)
      • Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi
      • Ketua,Unit Perkembangan Kendiri & Profesionalisme (PPD), Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
    5. Dr. Niki Shuhada Shukor
      • Phd didalam “Leadership & Training” daripada “University of Newcastle” (UK)
      • Dianugerahkan “Fellowship” oleh AIMS (Asian Institute of Management Science).
      • Sijil NLP Practitioner daripada VIA International (Australia)
      • “Certified Master Trainer” ( Lawrence Walter Trainers Academy)
    6. Datin Zaleha Omar
      • Mempunyai lebih 30 tahun pengalaman didalam bidang latihan, pengurusan sumber manusia dan Pembangunan Organisasi
      • “Certified Master/Trainer/Image Consultant”
      • Pernah Menjalani latihan di Robert Pante Image School (USA)
      • Konsultant untuk “Asia Pacific Productivity Organization” (APO) yang berpangkalan di Jepun
    7. Dr. Rubiah Hamzah
      • Pakar Motivasi terkenal tanahair dan pernah mengendalikan ribuan latihan kepada pelbagai golongan masyarakat.
      • Doktor Falsafah pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM (2000)
      • Pensyarah Sambilan di 4 universiti iaitu di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, UiTM dan OUM.
      • Dipilih sebagai Mudirah (Pengetua) pertama bagi rancangan realiti islamik terkenal “Ustazah Pilihan” di Astro Oasis
    8. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
      • Celebriti Terkenal Tanah Air
    9. Catriona Norhayati Ross Bahrin
      • Celebriti Terkenal Tanah Air
    10. Nora (Wan Norafizah Ariffin)
      • Celebriti Terkenal Tanah Air
    11. Irma Hasmie Ibrahim
      • Celebriti Terkenal Tanah Air
    12. Ustazah Amie Sofie Ahmad (Juara Solehah)
      • Juara Rancangan Realiti TV “Solehah” musim pertama (TV Al-Hijrah)
    13. Ustazah Firus Akhtar Mohamad Bokhari (Juara Usatzah Pilihan)
      • Juara Rancangan Realiti TV “Solehah” musim pertama (TV Al-Hijrah)
    14. Fatimah Syarha Mohd Noordin (Pengarang Novel Islamik Terkenal)
      • Novelis Islamik terkenal tanahair
      • Antara karya-karya hebat beliau termasuklah “Tautan Hati”, “Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul”, “Palestin Tidak Pernah Gentar” dan banyak lagi
      • Kolumnis untuk majalah “Solusi”
      • Berkelulusan UIAM dalam jurusan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan pengkhususan Fiqh dan Psikologi
    15. Puan Jamilah Samian (Pengarah PArenting Terkenal)
      • Penulis buku “Parenting” terkenal tanah air
      • Antara karya terkenal beliau ialah “Cool Mum, Super Dad”, “Cool Boys Super Sons” & “The Groovy Guide to Parenting Gen Y and Z”
      • “Certified Professional Trainer” dari “Malaysian Institute of Management”
      • Pemegang Ijazah Psikologi (Cum Laude) dari Unversiti Upper Iowa (USA)
    16. Farazila Abd Jabar
      • Penulis Lirik terkenal Tanah Air
      • Antara buah tangan beliau termasuklah lagu Sofea Jane (Black), Pendam dan Aku Yang Berdosa (Shahir), Hari Yang Kunanti (lagu raya Hazama dan Adira) dan banyak lagi.
      • Mempunyai pengalaman yang luas dalam konsert TV antaranya, konsert Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular, Planet Music Award, Anugerah Skrin, Anugerah Sri Angkasa,
      • Konsert Akhir Akademi Fantasia.
    17. Dato’ Azlina Hj Che Abdullah (Pengasas DCL)
      • Pemilik dan Pengasas bersama syarikat MLM bumiputera terkenal tanah air, “De Classic Life (M) Sdn Bhd” (DCL)

Dr Niki Shuhada Featured in Top 10 Of Malaysia Magazine

Life Leave Comments »

Dr Niki Shuhada in Top 10 Of Malaysia Magazine

Top 10 of  Malaysia magazine is availabe at major bookstores and get one now to know more about her success stories!

Wujudkah Bidadari di Dunia?

BERNAMA Radio24, Program Bijak Wang, dr Niki Shuhada Leave Comments »

Siapakah personaliti jemputan Dr. Niki esok?
Mengapakah kewujudan Bidadari di Dunia yang dipersoalkan?

Nantikan Siaran Langsung Program Bijak Wang bersama Dr. Niki esok di Radio24 BERNAMA 93.9FM jam 11.30 pagi.

Hubungi Dr. Niki ketika beliau ke udara!
Dail 03- 2692 7939 untuk bercakap dengan Dr. Niki dan personaliti jemputan istimewa beliau!!